❤️ JEJAK ASNAF PEKASiH SELANGOR
📍 Sri Lembayung, Sri Muda, Selangor
Kasih Dihulur, Beban Dir ingankan
Alhamdulillah, seramai 9 orang asnaf di Sri Lembayung, Sri Muda, telah menerima sumbangan menerusi Program Jejak Asnaf anjuran PEKASiH Selangor.
Mungkin sumbangan yang diberikan tidak sebesar mana, namun di sebalik setiap pemberian tersimpan keikhlasan, kasih sayang dan harapan agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban kehidupan mereka.
Kerana kami percaya, dalam setiap rezeki yang kita miliki, ada hak insan lain yang perlu disantuni.
Program Jejak Asnaf bukan sekadar menyampaikan sumbangan, tetapi juga membawa mesej bahawa mereka tidak dilupakan dan sentiasa ada insan yang mengambil berat tentang kesusahan mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PEKASiH Selangor yang terus istiqamah menyantuni golongan memerlukan.
Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab hadirnya senyuman, kebahagiaan dan keberkatan buat semua. 🤲
Mesra • Kasih • Prihatin
#PEKASiHSelangor
#JejakAsnaf
#SriMuda
#SriLembayung.