Jadi Ahli PEKASiH
Yuran keahlian hanya RM2 setahun.
Pendaftaran keahlian dibuat sepenuhnya melalui aplikasi PEKASiH. Muat turun aplikasi, daftar akaun, dan lengkapkan pembayaran yuran di dalam aplikasi.
Sebagai ahli, anda menyertai empat agenda utama kami
- Kebajikan — Menyediakan sokongan dan bantuan kepada ahli serta seramai mungkin golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU, dan mangsa bencana untuk meringankan bebanan hidup mereka.
- Pendidikan & Modal Insan — Memfokuskan pembangunan ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan latihan.
- Sukan & Rekreasi — Menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan ahli melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
- Ekonomi & Keusahawanan — Memperkasa ahli dengan ilmu dan peluang keusahawanan bagi meningkatkan kestabilan ekonomi dan menerap nilai rezeki kongsi bersama.
Ahli aktif boleh menjadi sukarelawan
Penyertaan sebagai sukarelawan dalam program PEKASiH terbuka kepada ahli yang berstatus aktif. Pendaftaran program dibuat melalui aplikasi.