Sejarah Penubuhan Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (PEKASiH)

Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (PEKASiH) telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 April 2021, Hari Jumaat pada bulan Ramadan di Negeri Sembilan dengan matlamat untuk memperkukuh kebajikan serta kesejahteraan ahli dan masyarakat yang memerlukan.

Penubuhan ini lahir daripada kesedaran sekumpulan individu yang komited dalam membantu golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), dan mangsa bencana.

Ahli Jawatankuasa Penaja

  1. Pengerusi: Shaiful Redzuan (Wilayah Persekutuan)
  2. Timbalan Pengerusi: Mohd Khairudin Hashim (Negeri Sembilan)
  3. Setiausaha Agung: Amizudin Ahmat (Selangor)
  4. Penolong Setiausaha Agung: Che Azuwan (Kelantan)
  5. Bendahari Agung: Zaheera Hassan (Pulau Pinang)
  6. Khairuddin Mohd Yusof (Perlis)
  7. Razali A.Bakar (Pahang)

Pengerusi Penaja Negeri

  • Negeri Sembilan - Mohd Khairudin Hashim
  • Kelantan - Shaiful Redzuan
  • Pahang - Razali A.Bakar
  • Perlis - Khairuddin Mohd Yusof
  • Selangor - Aminur Fathi
  • Pulau Pinang - Zaheera Hassan
  • Kedah - Idris Othman

PEKASiH Hari Ini

Sejak awal penubuhannya, PEKASiH telah menetapkan empat agenda utama, iaitu kebajikan, pendidikan dan modal insan, sukan dan rekreasi, serta ekonomi dan keusahawanan.

Dengan majoriti ahlinya terdiri daripada aktivis masyarakat, persatuan ini menggabungkan pengalaman dan kepakaran dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

PEKASiH juga mendapat sokongan padu daripada guru-guru yang masih berkhidmat dan mereka yang telah bersara, menjadikan pendidikan sebagai salah satu fokus utama dalam membimbing pelajar dan membangunkan modal insan.

Sehingga kini, PEKASiH terus berkembang dengan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat, berpegang teguh kepada semangat keprihatinan dan kasih sayang dalam usaha membina masyarakat yang lebih sejahtera.