PEKASiH MALAYSIA
Kunjungan Hormat PEKASiH ke Universiti di Narathiwat
Tarikh - 9 Januari 2025Hari - Khamis
PEKASiH mengadakan kunjungan hormat ke Princess of Naradhiwas Universiti, Narathiwat.
PEKASiH disambut mesra oleh Dekan Fakulti Akademi Pengajian Islam dan Arab, Prof. Madya Dr Anis Pattanapricawong, Timbalan Dekan Prof. Muhammad Umudee, Naib Dekan Dr Imran, Dr Abdulrazaq Benseng, Dr Matoryeh Hama dan Dr Ibrorheng Dorloh.
Majlis taklimat dan suai kenal dipengerusikan oleh Ustaz Toiyyib. Kami disajikan dengan tayangan 2 video khas tentang segala aktiviti di Universiti tersebut.
Hampir 5 ribu pelajar (85% adalah muslim) sedang menuntut di Universiti tersebut yang menyediakan pelbagai Fakulti seperti Perubatan, Fakulti Sains dan Teknologi, Akademi Pengajian Islam dan Arab serta lain-lain fakulti.
Majlis kunjungan hormat amat bermakna bagi PEKASiH yang dapat mendalami dan mengetahui segala aktiviti di Universiti tersebut.
InsyaAllah PEKASiH bercadang akan mencari beberapa pelajar dari keluarga asnaf untuk dijadikan PELAJAR ANGKAT PEKASiH yang akan ditaja oleh PEKASIH MALAYSIA untuk menuntut ilmu di Universiti tersebut.
Mesra-Kasih-Prihatin#pekasih