Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program-program Pekasih Johor sepanjang bulan Ramadan 2025 telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli Pekasih Johor yang telah memberikan komitmen tinggi serta berkerjasama dalam memastikan kejayaan setiap aktiviti yang dijalankan. Berikut adalah beberapa program utama yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan:
Terima kasih kepada semua ahli Pekasih Johor yang telah bersama-sama menjayakan setiap program yang dirancang. Tanpa kerjasama, sokongan dan komitmen daripada setiap individu, kejayaan program-program ini tidak mungkin tercapai. Semoga segala amal kebaikan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT dan membawa berkat kepada kita semua.
Diharapkan program² ini akan terus berterusan untuk lebih prihatin terhadap keperluan golongan yang kurang bernasib baik. Mari kita teruskan usaha murni ini dan mempertingkatkan lagi peranan Pekasih Johor dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
Tahniah dan syabas kepada semua!
PEKASiH JOHOR