PEKASiH PERLIS

PEKASiH Perlis menabur bakti di Arau

4 Jan 2025Sabtu

Dalam perjalanan ke Kok Klang, Arau, Perlis ku lihat awan begitu indah, Itu tanda kebesaran Allah.

Namun di bawah awan indah masih ada insan-insan yg serba kekurangan yg memerlukan secebis ziarah kasih.

Terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku peluang menabur bakti di senja usia yg kian berlabuh.

Sempat menyantuni warga emas dan oku di persekitaran Kok Klang, Arau menghantar kotak PEKASiH.

Apabila menziarahi warga emas, bila ku tatap wajah mereka, aku teringat arwah mak dan ayah yg aku amat merindui mereka tanpa noktah.

Terima kasih buat Pengerusi Pekasih Malaysia Negeri Perlis dan Ajk yg turut bersama.

Mesra - Kasih - Prihatin#pekasih

Semua Berita