PEKASiH PERLIS

Perlantikan Pengerusi PRKASiH Perlis yang baru

Perlantikan Pengerusi PRKASiH Perlis yang baru

🌹 TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH 🌹


Saya, selaku Pengerusi PEKASiH Malaysia, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Rozilawati atas pelantikan sebagai Pengerusi PEKASiH Negeri Perlis.


Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam meneruskan perjuangan kebajikan, memperkukuh semangat kesukarelawanan serta menyantuni masyarakat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.


Saya amat berharap agar kepimpinan baharu PEKASiH Perlis dapat membawa nafas segar, memperkukuh kerjasama antara ahli dan kepimpinan negeri, serta memperluas program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat.


Jawatan bukan sekadar kedudukan, tetapi amanah untuk berbakti. Kepimpinan bukan tentang siapa yang di hadapan, tetapi sejauh mana kita mampu membawa manfaat kepada masyarakat.


Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan serta memberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin PEKASiH Perlis ke arah yang lebih cemerlang.


MESRA • KASIH • PRIHATIN


AMIZUDIN BIN AHMAT

Pengerusi

PEKASiH Malaysia


pekasih perlis

Semua Berita