PROGRAM KAMI PRIHATIN | ZIARAH KASIH
๐ 31 Oktober 2026 | Sabtu
๐ Kediaman En. Muhamad Syukri, Taman Sri Jaya, Kluang
Kami telah menziarahi adik Mohamad Danish Fayyadh, berusia 1 tahun 6 bulan yang menghidap kanser mata Tahap 4.
Sumbangan yang disampaikan berupa pampers, tisu basah (wipes tissue), baju, permainan kanak-kanak dan sumbangan wang tunai hasil sumbangan ahli-ahli dan kenalan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang:
SV Prohealth Pharmacy Sdn. Bhd., Ahli-Ahli Kelab Bola Tampar Pekasih , Ahli Pekasih JOHOR serta rakan-rakan yang turut menyumbang.
Doa buat adik Danish:
"Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
Amin Ya Rabbal Alamin ๐คฒ
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesihatan yang baik buat adik Danish. Aamiin.
Ikhlas daripada,
Kelab Bola Tampar PEKASiH
PEKASiH Johor