Kejohanan Bola Tampar Wanita 2026
- Tarikh
- 17 Oktober 2026
- Lokasi
- Kluang, Johor
- Negeri
- Johor
🏐🇲🇾 KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA 2026 – PEKASiH MALAYSIA SUKAN MENYATUKAN KITA! Syabas dan tahniah kepada Kelab Bola Tampar PEKASiH atas inisiatif menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Wanita 2026 sempena sambutan Hari Sukan Negara. Kejohanan ini bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kluang, Johor, bermula jam 8.00 pagi, dengan penyertaan pasukan bola tampar wanita yang bakal memperlihatkan semangat juang, disiplin, kerjasama berpasukan dan kesukanan yang tinggi. Sebagai Pengerusi PEKASiH Malaysia, saya amat berbangga melihat usaha memperluaskan peranan PEKASiH bukan sahaja dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan, malah turut aktif membangunkan sukan sebagai platform memperkasa bakat serta potensi golongan wanita. Sukan bukan sekadar mengejar kemenangan atau menjulang piala, tetapi medan membina keyakinan diri, mengeratkan persahabatan dan menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Lebih membanggakan, kejohanan ini turut menawarkan hadiah kemenangan yang menarik: 🏆 Johan – RM1,000 + Piala & Medal 🥈 Naib Johan – RM700 + Piala & Medal 🥉 Tempat Ketiga (2 pasukan) – RM300 + Piala & Medal Turut disediakan anugerah khas kepada pemain terbaik dalam beberapa kategori. Saya menyeru pasukan-pasukan bola tampar wanita yang memenuhi syarat penyertaan agar merebut peluang untuk mengambil bahagian dan bersama-sama memeriahkan kejohanan ini. Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun semangat persaudaraan, perpaduan dan kesukanan itulah kemenangan yang paling bermakna. Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program pembangunan sukan di bawah PEKASiH Malaysia pada masa hadapan. 📞 Pendaftaran dan pertanyaan: Jaafar – 019-728 2416 PEKASiH MALAYSIA Mesra • Kasih • Prihatin 🏐 SUKAN MENYATUKAN KITA! 🇲🇾 #PEKASiHMalaysia #KelabBolaTamparPEKASiH #BolaTamparWanita2026 #HariSukanNegara2026 #KluangJohor #SukanMenyatukanKita #MesraKasihPrihatin
Sertai program ini
Pendaftaran penyertaan dan sukarelawan dibuat melalui aplikasi PEKASiH. Penyertaan sebagai sukarelawan terbuka kepada ahli yang berstatus aktif.